Keluarga Aktif Bersukan, Bersama Menjaga Kesihatan

Sunday, August 14, 2011

SETAHUN PEMERGIAN ARWAH MAMA/NINI


SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA SENTIASA MELIMPAHI RAHMAT KE ATAS ROH ALMARHUMAH BONDA/NINDA


Hari Isnin, tanggal 19 Jamadilakhir 1432 bersamaan 23 Mei 2011 genaplah setahun Almarhumah Bonda Hajah Mayah binti Ibrahim meninggalkan kita semua untuk pergi ke alam baqa', namun di hati kita Almarhumah sentiasa dekat dan tak lekang dari ingatan.

Al-Fatihah...

Untuk memperingati pemergian Almarhumah Bonda/Ninda yang dikasihi, KHM telah mengadakan majlis membaca tahlil dan doa arwah pada hari Ahad, 22 Mei 2011 iaitu selepas menunaikan solat Asar. Sebelum itu, di sebelah pagi ahli-ahli KHM telah menziarahi pusara Almarhumah di Tanah Perkuburan Langgayong, Kg. Tanah Buruk. Tidak lupa juga bacaan tahlil dan doa arwah untuk Allahyarham Ayahanda/Ninda Haji Othman bin Ahmad, Allahyarham Ninda/Atuk Ibrahim bin Penyurat Salleh dan juga ahli-ahli keluarga yang lain yang telah pergi
mendahului kita.



No comments:

Post a Comment