Majlis kecil-kecilan 2 dalam 1 ..doa selamatdan kesyukuran harijadi ke 12 tahun Ahmad Saufi...bagak dah si alai ani .... diselajurkan zikir dan marhaban berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sempena menjelangnya hari kelahiran yang akan diraikan diseluruh negara Brunei Darussalam pada 27 Februari ani....
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
berzikir diketuai oleh Tuan Haji Jabidi bin Haji Kawang
marhaban....
era merenjis haruman

gambar saufi terpampang glamour di dinding kadai

nah Saufi...ani tah ganya keluarga khm bagi hadiah
untuk mu....kereta ani confirm inda kena curi sebab
terpampang muha nya dipintu
kek blackforest yg sungguh nyamai...muka buy one get free one
terimakasih bapa..mama..abang...emmm abang faiz nada...
terimakasih sepupu sepapatku...sebab nyanyikan hepi befday song untuk ku yang penuh nyaring lagi basar....kata amit sapa basar suaranya dapat hadiah '2 kaping nuget'
acara selingan...
jualan tudung dari butik usali
sapa2 berminat sila layari facebook butikusali
murah2 dan cantik2 aje dari BND$8
model2 yg memperagakan tudung
ulah2 makan
Dina dengan sudu sup basar...Leez dengan ikan masin ....naik darah dah muhanya...merah padam....
Danial nyanyi : ''potong tek nya potong tek nya '.....
Danial : 'babu Denei mau tek'
No comments:
Post a Comment