KELUARGA HJH MAYAH
NO.6 JALAN PADANG, KG PENANJONG, TUTONG. TA 2741.
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Website : http://www.keluargahajahmayah.blogspot.com
E-mail : keluargahajahmayah@hotmail.com
MINIT MESYUARAT
Tarikh : 17/01/2010 (Hari Juma’at)
Jam : 7.45 malam
Tempat : Di kediaman Keluarga AN.
Yang hadir:-
1. Ahmadbi
2. Abd. Aziz
3. Hj. Baharuddin
4. Saiful Nasri
5. Md. Rozaime
6. Saiful Najdi
7. Shahrin
8. Ahmad Fitri
9. Jafni Fakhrillah
10. Ahmad Saufi
11. Shafi
12. Hjh. Noradeh
13. Asiah
14. Noraini
15. Hjh. Rosnah
16. Hjh. Mayah
17. Junaidah
18. Siti Norhayu
19. Liza Azyyati
20. Nur Faa’dilah
21. Nur Faa’izah
Agenda:-
1) Mengenai kutipan:-
a) Kutipan setiap bulan.
b) Kutipan bagi setiap aktiviti-aktiviti yang diadakan.
c) Kutipan bagi membeli hadiah harijadi bagi setiap ahli-ahli KHM.
2) Mengenai pakaian rasmi KHM.
3) Perancangan mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010.
1) Mengenai kutipan:-
A) KUTIPAN SETIAP BULAN.
• Kutipan dibuat sebanyak $1.00 sahaja atau lebih bagi yang ingin menghulurkan dengan rela hati.
• Kutipan ini hanya untuk orang yang sudah bekerja.
• Ianya akan dikutip setiap hujung bulan mulai bulan JANUARI 2010.
B) KUTIPAN BAGI SETIAP AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN.
• Kutipan hanya akan dibuat bagi ORANG YANG IKUT SERTA SAHAJA.
• Tujuannya adalah bagi perbelanjaan JAMUAN atau HADIAH (Jika sekiranya diperlukan).
• Bayaran yang ditetapkan adalah:-
a) Bagi ahli-ahli yang berumur 12 tahun ke bawah :- $1.00 sahaja
b) Bagi ahli-ahli yang berumur 12 tahun ke atas :- $3.00 sahaja
C) KUTIPAN BAGI MEMBELI HADIAH HARIJADI BAGI SETIAP AHLI-AHLI KHM.
• Semua ahli KHM bersetuju untuk membayar sebanyak $1.00 SAHAJA/ORANG bagi SETIAP KELUARGA.
• Kutipan akan dibuat sebelum hujung bulan mulai bulan JANUARI 2010.
2) Mengenai pakaian rasmi KHM:-
• Pakaian rasmi KHM berkemungkinan akan dibuat secara tempahan mengikut harga yang akan
dinyatakan kemudian.
• Warna pakaian rasmi KHM ialah warna MAROON + HITAM (warna pilihan adalah mengikut
persetujuan ramai).
• Pakaian rasmi KHM mempunyai LOGO “ KHM” (Yang mana ahli-ahli KHM pada masa ini sedang
sibuk mereka logo masing-masing untuk dibuat pemilihan).
• Pakaian bagi perempuan ialah baju berlengan panjang dan bagi lelaki pula ialah baju berlengan
pendek.
3) Perangcangan mengenai aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010.
• Segala aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan pada mesyuarat yang lalu telah dikurangkan
memandangkan tarikh jadualnya terlalu padat.
• Disenaraikan semula di bawah ini iaitu tarikh jadual bagi aktiviti-aktiviti setiap bulan sepanjang
tahun 2010.
JANUARI 28hb. – Meraikan harijadi Dina, Ayu(AN), Syakirah, Nurbayah & Fathullah.
FEBRUARI 23hb. – Meraikan harijadi Saufi, Md. Rasydan & Liza.
Diselajurkan dengan PESTA MEE. (Bermacam-macam jenis mee)
MAC 20hb. – KHM mengadakan Malam Unggun Api & BBQ
21hb. – KHM jogging beramai-ramai di Padang Sukan Komplek Tutong.
Disebelah petang, PESTA CUCUR dan diselajurkan dengan meraikan
harijadi Ahmadbi, Hj. Sabri, Norhayu, Maryam & Aisyah.
26hb. – KHM mengadakan Garage Sale.
27hb. – KHM melawat Muzium Kota Batu.
APRIL 04hb. – BBQ & meraikan harijadi Shahrin, Hamidi, Fitri & Faa’dilah.
MEI 27hb. – Meraikan harijadi Faa’khirah, Diyanah, Liyana & HARI IBU
JUN 06hb. – KHM Jungle Tracking di Bukit Shahbandar.
18hb. – KHM mengadakan Garage Sale.
19hb. – KHM melawat OGDC.
27hb. – Meraikan harijadi Noraini, Fadhlullah, Fakhrullah & Danial
JULAI 16hb. – KHM Jungle Tracking di Peranginan Hutan Simpan Berakas.
31hb. – Meraikan harijadi Hj. Jabidi & Abd. Aziz.
OGOS 29hb. – Meraikan harijadi Hj. Baharuddin, Faiz, Atai & Fakhri.
KHM bersungkai bersama-sama di kediaman keluarga BR.
SEPTEMBER 12hb. – Hari Raya yang ke-2, KHM beraya ke MIri & Belait.
30hb. – Meraikan harijadi Hjh. Noradeh, Lisa & Nabil.
OKTOBER 09hb. – Open House sempena Hari Raya di Kg. Keriam (Kediaman Junaidah).
31hb. – Meraikan hari jadi Junaidah & Abd. Azib.
NOVEMBER 16hb. – KHM bertahlil & minum pagi di kediaman keluarga BXP_C sempena
Hariraya Aidiladha.
28hb. – Meraikan harijadi Hjh. Lipah, Asiah, Nasri & Fadhli.
DISEMBER 07hb. – KHM sembahyang berjema’ah di masjid Penanjong sempena
Ma’al Hijrah.
24hb. – KHM mengadakan Garage Sale.
25hb. – KHM ke Miri
31hb. – Meraikan harijadi Najmi, Najdi, Fakhrillah, Syafiee & Rayyan.
Diselajurkan menyambut TAHUN BARU 2011.
JANUARI 2011 01hb. – Sukan KHM 2010.
* Tahlil dan doa arwah bagi Nenek Laki (Hj. Othman bin Ahmad) diadakan setiap 22 Muharram.
Mesyuarat berakhir pada pukul 10.12 malam dengan bacaan surah Al-As beramai-ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment